Covid-19: Malaysia catat kadar kematian berlebihan yang lebih rendah
  • 2 years ago
Malaysia telah mencatatkan lebihan kadar kematian yang lebih rendah sepanjang pandemik Covid-19, dari Mac 2020 hingga Disember 2021, berbanding negara seperti England dan Amerika Syarikat.

Menurut kajian Kementerian Kesihatan, Malaysia mempunyai kadar kematian berlebihan sebanyak 0.55 peratus berbanding 13.84 peratus di England dan 18.62 peratus di Amerika Syarikat.

Penyelidik utama kajian itu Dr G. Shubash Shander berkata, peningkatan kematian hanya berlaku ketika lonjakan kes positif COVID-19 dalam gelombang varian Delta pada Julai dan Ogos 2021.