Rohingya Lolos | Baki 96 tahanan etnik Rohingya diburu polis
  • 2 tahun lalu
Polis terus memburu baki 96 tahanan etnik Rohingya yang masih bebas selepas insiden melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Pulau Pinang Rabu lepas.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, berkata dalam Op Kesan pada Khamis, pihaknya berjaya menahan semula 34 tahanan di sekitar lokasi dan daerah berdekatan.