Rohingya Lolos | Tahanan lolos mahir selok belok jalan
  • 2 tahun lalu
Lima puluh daripada 61 tahanan Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Relau, 20 April lalu, sudah lama berada di Malaysia dan mahir dengan selok-belok jalan dan kawasan sekitar depot berkenaan.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, ia satu cabaran untuk pihak polis mengesan mereka yang terdiri daripada 51 lelaki, enam wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.