Serawa Durian with Aurasia Starter Cookware

  • 2 years ago
Isi Durian 10 ulas
Santan Cair 1 cawan
Santan Pekat 2 cawan
Daun Pandan 1 helai
Gula Pasir ½ cawan
Gula Melaka ½ cawan
Garam ½ tsp


1. Sediakan bahan-bahan.
2. Masukkan isi durian bersama santan cair ke dalam sauce pan dan renihkan sehingga isi durian terlerai.
3. Masukkan gula pasir dan gula Melaka bersama daun pandan. Biarkan sehingga gula larut dan sebati
4. Tuangkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan (pastikan api sederhana sahaja). Tambahkan sedikit air jika perlu.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi daripada Chef Dr Kamarul