Seludup Migran | Warga Thailand didakwa di mahkamah

  • 2 tahun lalu
Seorang lelaki warga Thailand berusia 34 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini, atas tuduhan terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran di Wang Kelian antara tahun 2014 hingga 2015.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Suchat Tohdin ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Musyiri Peet.