Pengembara M'sia-Singapura tak perlu kuarantin dan ujian saringan - KJ
  • 2 years ago
Malaysia dan Singapura mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April ini dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pengembara dari kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi dibenarkan untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan Covid-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

Namun, katanya bagi pengembara yang menggunakan pengangkutan udara, ujian saringan Covid-19 diperlukan dua hari sebelum berlepas.