Sindiket dadah | Guna treler edar dadah jenis ganja
  • 2 tahun lalu
Menggunakan treler membawa dadah jenis ganja bagi mengelak dikesan pihak berkuasa akhirnya dibongkar selepas tertangkapnya lima suspek dipercayai anggota sindiket penyeludupan dadah. Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Kamarul Zaman Mamat, kesemua suspek ditahan dalam empat operasi berasingan di Subang, Seremban dan ibu negara pada 1 Februari lalu.