Nasional | PBT disaran tampil bantu penjaja di lampu isyarat

  • 2 tahun lalu
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran membantu penjaja di lampu isyarat dengan menyediakan tapak perniagaan yang sesuai dan strategik.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu bagi mengekang aktiviti berniaga di lampu isyarat yang disifatkan membahayakan keselamatan peniaga dan pengguna jalan raya.