Polis siasat insiden pergelutan penjaja, anggota PBT

  • 3 years ago
Polis mengesan seorang individu yang juga penjaja makanan bagi menyiasat insiden pergelutan dengan seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam kejadian bersebelahan sebuah bank di Pasir Mas, Kelantan, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Nasaruddin M Nasir berkata, polis sedang menyiasat insiden itu selepas pegawai penguat kuasa itu membuat laporan, susulan video tular memaparkan dia merebut telefon bimbit daripada individu tersebut.


Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/578988
Sumber video: Media sosial