Selepas 100 hari sifar kes tempatan, Thailand catat 1 kes COVID-19
  • 2 tahun lalu
Selepas 100 hari merekodkan sifar bagi kes penularan tempatan COVID-19, kerajaan Thailand mengesahkan satu kes positif melibatkan seorang banduan.

Banduan itu dimasukkan ke penjara di Bangkok pada 26 Ogos dan disahkan positif pada Rabu selepas menjalani ujian saringan di pusat kesihatan penjara.