Covid-19- Tiga kes baru, tiada kes penularan tempatan

  • 4 years ago
Hanya terdapat tiga kes baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, dengan semua daripadanya adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 setakat ini kepada 8,677 kes.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan sekali gus menjadikan jumlah maut akibat wabak itu, kekal 121 kes untuk 24 hari berturut-turut.