Yuran asrama, yuran perkhidmatan universiti awam dikurangkan 15 peratus

  • 2 tahun lalu
Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan yuran asrama, dan yuran perkhidmatan universiti awam (UA) sehingga 15 peratus, bagi membantu meringankan beban institusi berkenaan ekoran impak wabak COVID-19 di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mansor Othman sewaktu persidangan dewan rakyat hari ini berkata, keputusan itu dicapai hasil rundingan antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Disyorkan