Malaysia adalah negara paling selamat, wartawan bebas membuat liputan

  • 2 tahun lalu
Wartawan sama ada tempatan atau antarabangsa mempunyai kebebasan untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengamal media.
Namun Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan, kebebasan itu perlu berlandaskan undang-undang dan mengambil kira kepelbagaian bangsa di Malaysia.
Katanya, Polis Diraja Malaysia sentiasa bertindak adil termasuk melibatkan kes agensi berita antarabangsa Al Jezeera baru-baru ini yang dilihat memburukkan imej Malaysia menerusi dokumentari cara negara ini mengendalikan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Disyorkan