TERKINI : RTM dan BERNAMA Bebas Buat Laporan dan Liputan - Gobind Singh
  • 5 years ago
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo bercakap kepada media pada Majlis SUHAKAM Bersama Media di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bebas membuat laporan dan lipitan tanpa dikawal oleh kerajaan.

Perkara yang sama juga kata Menteri Komunikasi dan Multimediad yang dilakukan kepada agensi berita Bernama.

“RTM adalah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia saya rasa itu perkara yang anda semua tahu seperti Bernama.

“Ia terpulang kepada mereka nak laporkan apa, bagaimana bentuk laporan mereka,” katanya kepada pemberita.

Beliau terdahulu diminta mengulas mengenai hantaran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook tentang panduan liputan RTM bagi negeri pembangkang.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended