Perdana Menteri terima Anugerah Doktor Kehormat dari Universiti Doshisha
  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri, Tun dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Kemanusiaan oleh Universiti Doshisha Jepun bagi menghargai sumbangan beliau dalam menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang serta dedikasi kepada pendidikan.

Ijazah disampaikan oleh Presiden Doshisha University, Takashi Matsuoka dalam majlis yang berlangsung di Amherst Hall Universiti Doshisha, bersempena lawatan kerja tiga hari beliau di bandar Kyoto.