Dr Mahathir dianugerah Ijazah Doktor Kehormat dari Turki
  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam dari Universiti Beyazid Yaldirim Ankara, Turki pada Khamis.

Perdana Menteri adalah individu ketiga menerima anugerah tersebut selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh.