Yahaira makin manja selepas dapat adik
  • 2 tahun lalu
Pelakon Lisa Surihani akui anak sulungnya Yahaira Leanne masih dalam proses membiasakan diri dengan kehadiran adiknya, Yusof Leonne.

Lisa, 31 tahun, memberitahu Yahaira kini semakin manja dan kerap menangis apabila melihat dia menyusukan Yusof.