'Menteri bercuti semasa banjir, timbalan menteri kan ada?' - Tajuddin
  • 2 years ago
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mempertahankan menteri-menteri yang bercuti di luar negara semasa bencana banjir besar melanda negara Disember lalu.

Katanya tugas menteri itu boleh diberikan kepada timbalan menteri, ketua setiausaha kementerian dan juga pegawai-pegawai kerajaan.

Terdahulu, beberapa menteri yang sedang berada di luar negara semasa banjir berlaku mendapat kecaman dari rakyat antaranya Menteri Air dan Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man.
Recommended