Wow! Sofiaa Jerung Merah masuk Big Stage, makin meriah la dunia hiburan…

  • 2 tahun lalu
SELEBRITI TikTok yang bergelar penyanyi Sofiaa Marieylla tampil membuat kejutan apabila bakal beraksi di pentas Big Stage musim keempat.

Ujar Sofia atau Wan Siti Mariam Wan Mahyudin, yang popular menerusi lagu Akulah Jerung Merah, dia teruja kerana terpilih sebagai peserta walaupun baru sahaja bergelar penyanyi.

“Saya rasa sangat gembira, teruja tapi dalam masa yang sama rasa gementar sebab ini kali pertama menyertai rancangan besar.

“Tak sangka dapat ke tahap ini, ramai orang nak masuk tapi tak dapat jadi saya sangat-sangat bersyukur,” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu, Sofia bersyukur kerana ahli pasukan Jerung Merah yang lain terus menyokong kariernya.

“Anak jerung semua support, mereka selalu WhatsApp dan call beri semangat... ini membuatkan saya terus bersemangat untuk teruskan,” katanya.

Disyorkan