Tak nak kalah! Sofiaa Jerung Merah pun teringin masuk AJL, sejak sekolah selalu pergi karaoke
  • 2 tahun lalu
TAMPIL menerusi lagu Akulah Jerung Merah, Sofiaa Marieylla teruja apabila lagu ciptaan Hadi Rumnan dan Ajim Maze ini berjaya trending di YouTube.

Ujar Sofiaa yang juga merupakan ketua pasukan skuad Jerung Merah, dia juga memasang impian untuk lagu ini bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Kalau dapat masuk AJL syukur sangat-sangat sebab impian tu mesti ada kan... saya masih baru dalam industri, komen buruk pun saya ambil untuk perbaiki diri.

“Saya minat menyanyi sejak zaman sekolah lagi, saya selalu pergi karaoke, tengok orang busking dan apabila dengar lagu saya terikut-ikut menyanyi. Tapi lepas tu saya nyanyi kat rumah je lah,” katanya kepada mStar.

Bagaimanapun Sofiaa tidak ingin mengulas lanjut berkenaan kenyataan komposer Azmeer tentang kehadiran golongan usahawan dan selebriti media sosial untuk bergelar penyanyi kerana dikatakan boleh menjatuhkan imej industri muzik negara.

“No komen fasal itu tapi bagi saya... saya nak kembangkan bakat yang ada. Lepas tu saya nak naikkan lagi branding Jerung Merah supaya dikenali ramai,” katanya.
Disyorkan