JKMR soal jika Azam ada isytihar sahamnya, syorkan siasatan
  • 2 years ago
Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), satu daripada lima panel kawal selia SPRM, berkata persoalan asas berhubung kontroversi pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam firma senarai awam adalah sama ada dia mengisytiharkannya atau tidak.

Presiden Dewan Negara Rais Yatim, yang mempengerusikan JKMR berkata bahawa terdapat pekeliling tetap yang menyatakan bahawa penjawat awam tidak boleh memiliki lebih daripada RM100,000 saham.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=Uv69SHmwCzo
Recommended