Kenapa takut sangat benarkan Muda bantu rakyat? - Syed Saddiq
  • 2 years ago
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan rasa kesal selepas partinya tidak dibenarkan membantu mangsa banjir di kawasan itu walaupun telah membuat permohonan.

Presiden Parti Muda itu mempersoalkan apakah tindakan itu bertujuan menghalang partinya dan juga dirinya sebagai ahli Parlimen daripada meneruskan aktiviti bantuan.

Sumber video: https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/1957296651124372