'Lebih 22,000 permohonan Bantuan Khas Covid-19 dilulus'

  • 2 years ago
Sebanyak 65,189 permohonan Bantuan Khas Covid-19 diterima setakat 6 Dis lepas dengan 55,184 daripadanya telah diproses manakala 22,336 permohonan diluluskan melibatkan bantuan RM28.6 juta.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mastura Mohd Yazid berkata bagi Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19, sebanyak 11,816 permohonan diluluskan dengan jumlah bantuan RM56.8 juta.