Dr M dakwa Guan Eng mahu tamatkan semua kontrak zaman Najib
  • 2 years ago
Dr Mahathir Mohamad mendakwa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mahu menamatkan semua kontrak yang diluluskan ketika pentadbiran Najib Razak, yang hanya akan merugikan kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut.

Bercakap dalam satu acara atas talian hari ini, bekas perdana menteri itu juga menegaskan beliau seorang yang mesra pelabur kerana golongan itu membawa peluang pekerjaan dan pelaburan kepada negara.