Hakim beri Najib hingga 12.30pm atau keluar waran tangkap
  • 2 years ago
Mahkamah Rayuan berkata ia akan mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Najib Razak jika beliau gagal hadir untuk prosiding dalam talian yang dijadualkan pada 12.30 hari ini.

Panel hakim yang dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil turut dengan tegas mengingatkan Najib bahawa mahkamah bukan ‘kedai kopi’.