BN terbuka berbincang jika keputusan tak memihak - Zahid

  • 3 years ago
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan itu terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti sekiranya keputusan di PRN Melaka tidak berpihak sepenuhnya kepada mereka.

Katanya apa yang diutamakan BN ialah kestabilan politik di Melaka.

Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan butiran mengenai keterbukaan yang dimaksudkannya itu.

Recommended