Idris sedia debat isu perlombongan pasir, tapi dengan syarat
  • 2 years ago
Calon PH di DUN Asahan, Idris Haron berkata dia sedia berdebat dengan individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan kelulusan menjalankan aktiviti perlombongan pasir di kawasan di bawah DUN itu

Bagaimanapun, Idris berkata dia akan melakukannya dengan syarat agar tidak dikenakan tindakan undang-undang.

Terdahulu Idris berkata, selain dipanggil pihak SPRM untuk memberikan maklumat mengenai dakwaan penyelewengan projek berkaitan royalti pasir, dia juga telah diberi amaran oleh pihak kerajaan supaya mematuhi Akta Rahsia Rasmi (OSA).