Idris Ahmad dapat hadiah bantal lepas ceramah

  • 5 years ago
Naib Presiden PAS Idris Ahmad menerima hadiah sebiji bantal selepas mengadakan sesi ceramah perpaduan ummah di Johor Bahru, pada Ahad lalu.

Memetik di Facebooknya, beliau sudah terbabit dalam kegiatan berceramah selama 36 tahun dan sepanjang tempoh itu tidak pernah mendapat hadiah bantal.

Beliau yang memuat naik gambarnya bersama bekas anggota parlimen Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad menerima bantal jenama "Leyna" daripada pihak penganjur.

Beliau menambah hadiah tersebut diberikan mungkin kerana penganjur sedar sebagai penceramah pemimpin parti sepertinya selalu bergerak ke sana sini.

Keadaan itu katanya menyebabkan aturan tidur tidak seperti biasa.

Pada masa sama kata Idris, beliau mendapat 'nikmat' yang tersendiri berhubung tidur.

Katanya beliau diberikan kelebihan mudah tidur.