'PM kena beranilah sikit, mesti tunjuk kuasa' - Mat Sabu tegur Ismail Sabri
  • 2 years ago
Presiden Amanah Mohamad Sabu meminta Ismail Sabri Yaakob agar jangan sesekali tunduk kepada ugutan atau dikawal oleh pihak tertentu.

Mohamad berkata, jika Ismail mahu kekal sehingga PRU15 beliau haruslah berani dan tegas dalam membuat keputusan.

Beliau yakin termeterainya MoU dengan Pakatan Harapan kedudukan Ismail Sabri tidak akan tumbang sehingga PRU15.