'Kerajaan bukan nak aniaya antivaksin, tapi jaga kepentingan ramai'
  • 3 years ago
Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein menyatakan beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung pendekatan tegas terhadap kumpulan antivaksin.

Katanya, tindakan itu tidak bermaksud kerajaan sengaja mahu menganiaya atau menzalimi kumpulan itu sebaliknya untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar daripada wabak Covid-19.

Sumber video: https://www.facebook.com/KementerianPertahanan/videos/282508836929930