Kerajaan masih meneliti cadangan pengambilalihan kepentingan Khazanah di Plus
  • 4 years ago
Kerajaan masih meneliti pelbagai cadangan yang diterima untuk mengambil alih kepentingan 51 peratus Khazanah Nasional Bhd di Plus Malaysia Bhd.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali berkata kerajaan sedang menilai impak pengambilalihan dari aspek kewangan dan dalam memenuhi tanggungjawab pengguna lebuh raya dengan mengurangkan kos menggunakannya.

"Antara langkah yang kita fikirkan adalah untuk mengurangkan kadar tol, atau jika kita boleh, untuk menghapuskan tol dalam tempoh terdekat, kerana jika kita merujuk kepada manifesto Pakatan Harapan (pilihan raya), tidak menyatakannya.

"Manifesto itu jelas menyatakan bahawa kita akan membincangkan secara berperingkat-peringkat dengan pemegang konsesi. Ini semua masih dipertimbangkan kerana kita tidak mahu membebankan kedudukan kewangan kerajaan sekarang, sambil memberi bantuan kepada rakyat dan pengguna lebuh raya," kata Azmin kepada wartawan selepas Sidang Kemuncak Matlamat Mampan Malaysia 2019 di Kuala Lumpur hari ini.