Zahid jawab isu Kertas Pandora dan rawatan ke Jerman di Dewan Rakyat
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Umno Ahmad Zahid Hamidi baru sahaja hadir ke Dewan Rakyat minggu ini lantas ditanya soalan daripada pembangkang mengenai isu pendedahan Kertas Pandora dan rawatan ke Jerman.

Kata Zahid, apa yang didedahkan dalam Kertas Pandora adalah sewaktu beliau dilantik menjadi ahli parlimen. Bagi rawatan ke Jerman pula kata Zahid beliau diberikan pasport sementara oleh Mahkamah bermula 26 Oktober hingga 21 November ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi di Shah Alam membenarkan permohonan Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah dikembalikan pasportnya sementara bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman.
Recommended