Kerajaan masih tak wajibkan vaksinasi Covid-19 - Khairy
  • 3 years ago
Kerajaan setakat ini masih belum mewajibkan rakyat Malaysia untuk menerima vaksin Covid-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun katanya, industri diminta melaksanakan galakan dalam sektor (sectoral persuasion), seperti mewajibkan vaksinasi sebagai syarat berurusan.

Sementara itu Khairy berkata, kerajaan akan mewujudkan dasar kebangsaan yang baru bagi mengambil kira golongan yang enggan divaksin.