'Pelan Rekalibrasi PATI peroleh kutipan cagaran RM150 juta'

  • 3 years ago
Kerajaan mengutip hampir RM150 juta melalui dua program Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bermula November tahun lalu sehingga 30 Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin, berkata program bawah Jabatan Imigresen itu akan diteruskan sehingga 31 Disember ini.

Beliau berkata, sehingga Isnin lalu, seramai 301,013 warga asing didaftarkan melalui Pelan Rekalibrasi PATI, iaitu 122,270 yang mendaftar untuk pulang ke negara asal dan 178,743 lagi warga asing serta 8,544 majikan mendaftar untuk program rekalibrasi tenaga kerja.

Sumber video: https://www.facebook.com/hamzahzainudinofficial/videos/579024493141444