Bajet 2022_ Bantuan awal persekolahan dinaikkan sebanyak RM150

  • 3 years ago
Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada pelajar pada tahun depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, jumlah itu naik berbanding RM100 yang diterima pelajar sebelum ini.

Katanya, bantuan itu kelak akan memanfaatkan tiga juta murid layak, membabitkan peruntukan keseluruhan RM450 juta.