'PH minta PM letak jawatan kerana kes harian, korban Covid-19 meningkat'

  • 3 years ago
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata sebab pembangkang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan adalah kerana kes kematian dan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat.

Katanya, kes harian Covid-19 yang semakin banyak dan kadar kematian yang tinggi memperlihatkan kerajaan telah hilang kawalan menangani pandemik tersebut.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung di Facebook, malam tadi.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/4235094853249388

Recommended