HTAR Klang akhirnya terima sumbangan kontena mayat
  • 3 years ago
MIC akhirnya berjaya menyumbangkan sebuah kontena penyimpanan mayat kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor.



Ini susulan pendedahan bahawa hospital itu menghadapi kekangan sumber untuk merawat pesakit Covid-19 serta ruang untuk menyimpan mayat.


HTAR mengakui sumbangan parti komponen BN itu di laman Facebooknya hari ini.