Jawatan 'pembelot parti' tak diisi hingga pemilihan parti - PKR

  • 3 years ago
Majlis Pimpinan Pusat PKR bersetuju untuk tidak mengisi beberapa jawatan tertinggi peringkat pusat yang kosong akibat pemimpin yang telah meninggalkan parti itu, sehingga pemilihan parti yang akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 1 Mei lepas, berikutan terdapat beberapa jawatan tertinggi seperti timbalan presiden, naib presiden dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (​MPP) parti yang masih kosong.

Laporan lanjut: https://www.facebook.com/saifuddin.nasution/videos/802583477127590