'Gunakan apa yang ada' - MB Perak ulas peranti kualiti rendah
  • 3 years ago
Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan negeri mengedarkan 20,000 telefon pintar kepada pelajar berikutan kritikan bahawa peranti itu tidak sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

Dalam sidang media dalam talian petang ini, Saarani menjelaskan peranti tersebut disumbangkan oleh YTL Foundation.

Ditanya jika kerajaan negeri akan menggantikan peranti itu dengan yang lebih sesuai, beliau sebaliknya menasihatkan para pelajar untuk menggunakan dahulu peranti yang telah disumbangkan.