PM umum pelan pemulihan, sektor sosial dijangka dibuka September

  • 3 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelan pemulihan empat fasa supaya rakyat Malaysia dapat kembali kepada kehidupan biasa selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Setiap fasa dijangka mengambil masa dua bulan, dengan sektor sosial - termasuk sekolah - akan dibuka semula secara berperingkat pada fasa ketiga (dijangka bermula September).

Peralihan daripada satu fasa ke fasa yang lain akan dibuat jika tiga kriteria dipenuhi, iaitu angka kes harian Covid-19, kapasiti ICU seluruh negara dan jumlah rakyat yang mendapat dos penuh vaksin.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/579079