Sarawak umum pakej rangsangan bernilai RM1.4 bilion
  • 3 years ago
Kerajaan negeri Sarawak hari ini mengumumkan pakej rangsangan bernilai RM1.4 bilion yang merangkumi bantuan wang tunai RM1.1 bilion - sebahagiannya akan diberikan setiap bulan hingga akhir tahun.

Dalam ucapannya hari ini, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg mengumumkan bahawa setiap ketua keluarga B40 akan menerima RM250 sebulan dari 31 Julai hingga 31 Disember.

Bujang B40 akan mendapat bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 yang dijadualkan pada 31 Ogos.

Sementara itu, terdapat juga elaun khas bulanan untuk barisan hadapan termasuk RM300 untuk pegawai perubatan, dan RM200 untuk pasukan keselamatan.

Pengamal media di barisan hadapan di Sarawak juga akan menerima bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM1,500.