Sarawak ada banyak katak tapi bukan 'katak politik' - Abang Johari
  • 4 years ago
Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg mengatakan bahawa Sarawak mempunyai banyak spesies katak di taman-taman negara di negeri itu, selain pernah menganjurkan pertandingan 'lompat katak' peringkat antarabangsa.

Beliau bagaimanapun berseloroh bahawa ia bukanlah perlumbaan lompat parti di kalangan ahli-ahli politik.

Abang Johari berkata demikian di majlis pecah tanah Pusat Sains Sarawak pada 1 Oktober lalu.

Sebelum ini Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan bahawa partinya teguh menyokong Muhyiddin Yassin dan tidak ada ahli parti yang 'melompat' menyertai kem Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

sumber visual: https://www.youtube.com/watch?v=EFAeDDSdk7w
Recommended