Video tular pelawak pukul lelaki dipercayai penghantar makanan

  • 3 years ago
Video kejadian pukul dipercayai melibatkan seorang pelawak tular di media sosial sejak malam tadi.

Insiden berkenaan yang dirakam seorang pengguna jalan raya memaparkan pelawak terbabit merangkul leher lelaki tersebut sambil memukul kepalanya.

Dalam keadaan marah pelawak itu didengar menjerkah lelaki terbabit sambil berkata: “Hang tau dak aku sapa (siapa)?”

Dia kemudian dilihat cuba ditenangkan oleh tiga lagi lelaki daripada terus memukul lelaki berkenaan dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan raya itu.