'Umno, PAS boleh bertembung di Terengganu, Kelantan, Kedah'

  • 3 years ago
Walaupun wujud kerjasama rasmi di antara Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN), bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said mempunyai cadangan tersendiri untuk kedua-dua parti.

Pengerusi Umno Terengganu itu malah menyarankan Umno dan PAS bertanding "secara mesra" dalam pilihan raya umum (PRU) di tiga negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah.