Tak boleh paksa PAS pilih Umno atau PN - Tuan Ibrahim

  • 2 years ago
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak seharusnya menetapkan agar PAS memilih PN atau Umno untuk PRU akan datang.

Tuan Ibrahim berkata demikian selepas Muhyiddin mendakwa PAS akan menetapkan tarikh akhir untuk memutuskan hubungan dengan Umno tidak lama lagi.