Kartel PDRM: Muda gesa dedah nama individu terlibat
  • 3 years ago
Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menggesa Polis Diraja Malaysia mendedahkan nama pihak yang terlibat dalam 'kartel' dan aktiviti rasuah di dalam agensi itu.

Ini susulan pendedahan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkenaan kewujudan 'kartel' yang terdiri daripada gerakan dalaman pegawai muda PDRM yang mahu menjatuhkan beliau.

Muda turut menghantar memorandum berkaitan isu kartel PDRM di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman pagi tadi.

Sumber video: https://www.facebook.com/partimuda/videos/253528189813582