'Tak mustahil PH boleh berpecah macam Pakatan Rakyat' - Khalid
  • 3 years ago
Soal kerjasama dengan Umno telah mendatangkan perpecahan dalam gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini, susulan tindakan Pas mahu menjalinkan hubungan dengan parti itu pada 2015.

Ketua Penerangan Amanah Khalid Samad berkata, tidak mustahil perkara sama boleh berlaku kepada Pakatan Harapan sekiranya isu ini tidak ditangani dengan baik.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim semalam mengenai kemungkinan kerjasama PKR dengan Umno.