Yonnyboii ‘belanja’ verse lagu filem Raya and The Last Dragon, memang padu!
  • 3 tahun lalu
PENYANYI Yonnyboii akui teruja apabila diberikan peluang untuk terlibat dalam penghasilan runut bunyi filem Raya and the The Last Dragon terbitan Walt Disney Animation Studios.

Katanya dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan bahagian verse lagu berjudul Trust Again seperti yang dikehendaki pihak Universal Music.

“Alhamdulillah rezeki, masa dapat offer saya sangat gembira sangat.

“Dalam masa 30 minit saya dah hantar verse tu, syukur mereka kata OK dan terus terima,” katanya kepada mStar.

Yonnyboii bekerjasama bersama tiga lagi penyanyi hebat dari Asia Tenggara iaitu Raisa dari Indonesia, Matthaios (Filipina) dan Sprite (Thailand).
Disyorkan