Padu betul suara Rosiah All Together Now Malaysia ni! Rupa-rupanya frontliner KK Selayang Baru
  • 3 tahun lalu
Persembahan memukau peserta All Together Now Malaysia bernama Rosiah Baharuddin pada minggu kelima berjaya memikat hati semua juri dan kini mula menjadi sensasi di YouTube.

Menurut Rosiah, dia tidak menyangka persembahannya menerusi lagu Sangkar Cinta mendapat standing ovation daripada semua juri.

“Saya speechless sebab terkejut, saya dah menyanyi di banyak tempat dan yang ini 50 juri... mereka bangun, saya menangis dan tidak percaya dengan apa yang saya dah buat,” ujarnya kepada mStar.

Selain itu Rosiah yang bekerja sebagai pembantu awam di makmal perubatan Klinik Kesihatan Selayang Baru mengakui sudah lama menyertai pertandingan nyanyian.

“Kalau nak ikutkan dalam bidang nyanyian ini, saya memang aktif sejak bangku sekolah lagi tapi sebelum nak masuk All Together Now saya kaji dulu.

“Saya tengok peserta luar negara, ada yang bersaiz macam saya, ada yang lebih berumur dan ada yang rupa biasa tapi menyanyi memang best,” katanya.
Disyorkan