'Murid sekolah Darjah 6 pun boleh nilai kenyataan Takiyuddin' - Senator
  • 3 years ago
Senator Ismail Yusop mempertikaikan kenyataan terbaru kerajaan yang menangguhkan sidang parlimen sehingga 1 Ogos.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan di dalam bangunan Parlimen, serta Perlembagaan Persekutuan.

Namun, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=586435812312371